Khamis, 18 Januari 2018 | 8:34pm
PRESIDEN Persatuan Antarabangsa Sukan Untuk Semua (TAFISA), Profesor Dr Ju Ho Chang (tiga dari kanan) dan Presiden Majlis Sukan Untuk Semua Malaysia (MASFA), Datuk Suroya Selamat (kanan) bermesra dengan sebahagian peserta Seminar Kebangsaan Sukan Untuk Semua 2018 di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Lokman Hakim Zubir
PRESIDEN Persatuan Antarabangsa Sukan Untuk Semua (TAFISA), Profesor Dr Ju Ho Chang (tiga dari kanan) dan Presiden Majlis Sukan Untuk Semua Malaysia (MASFA), Datuk Suroya Selamat (kanan) bermesra dengan sebahagian peserta Seminar Kebangsaan Sukan Untuk Semua 2018 di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Lokman Hakim Zubir

Seminar MASFA tarik 300 peserta

KUALA LUMPUR: Demi memastikan misi membudayakan sukan di kalangan rakyat negara ini mencapai matlamat, Majlis Sukan Untuk Semua Malaysia (MASFA) menganjurkan 'Seminar Kebangsaan Sukan Untuk Semua 2018', hari ini.

Seminar yang menarik hampir 300 peserta membabitkan semua persatuan sukan di bawah Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) itu membincangkan isu dan cabaran yang saling berkaitan dengan bidang sukan iaitu komuniti, media, kemudahan dan penajaan.

Presiden MASFA, Datuk Suroya Selamat berkata, pembudayaan sukan di negara ini dilihat masih berada di tahap sederhana biarpun pelbagai usaha dan langkah sudah dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum ini.

"Program seperti FitMalaysia dan Hari Sukan Negara (HSN) antara contoh program terbaik yang sudah dijalankan KBS untuk mewujudkan budaya sukan di kalangan komuniti.

"Kita harap menerusi seminar ini, ia dapat memberi suatu nilai tambah kepada semua peserta agar komuniti di luar bandar khususnya turut meraih faedah daripada budaya hidup sihat ini.

"Bersukan bukan saja menyentuh mengenai gaya hidup sihat, malah ia gerakan kepada penyatuan rakyat pelbagai kaum membabitkan sukan yang tidak dipertandingkan di Olimpik luar seperti kabaddi, silambam dan silat," katanya.

Turut serta dalam seminar itu Presiden Persatuan Sukan Untuk Semua Antarabangsa (TAFISA), Profesor Dr Ju Ho-Chang, yang mengakui terharu dengan kesungguhan Malaysia mewujudkan masyarakat bersukan.

"Malaysia sememangnya serius tentang pembangunan sukan dalam semua cabang termasuk rekreasi. Saya percaya dengan kerjasama erat banyak pihak, tidak mustahil Malaysia menjadi negara contoh yang menekankan gaya hidup sihat dalam masyarakat," katanya yang juga bekas Olimpian Korea Selatan dalam acara judo.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X