Jumaat, 2 March 2018 | 12:31am
AZIZULHASNI terkandas di pusingan repechage.
AZIZULHASNI terkandas di pusingan repechage.

Azizulhasni gagal pertahan jersi pelangi

 

KUALA LUMPUR: Hasrat Azizulhasni Awang mempertahankan gelaran juara acara keirin tidak kesampaian apabila terkandas di pusingan repechage Kejohanan Trek Dunia di Velodrom Omnisport, Apeldoorn, Belanda.

Terdahulu pada saringan keenam di pusingan pertama Azizulhasni berada pada kedudukan ketiga dengan saingan dimenangi pencabar dari Columbia, Fabian Hernando Puertas Zapati yang meraih tiket automatik ke pusingan kedua.

Ia memaksa The Pocket Rocketman mengharungi saingan repechage dan perlu muncul juara untuk layak ke pusingan kedua.

Namun dia terpaksa akur kepada pelumba di ranking nombor satu dunia, Andrii Vynokurov dari Ukraine apabila menamatkan perlumbaan pada kedudukan kedua pada saringan pertama repechage.

Seorang lagi pelumba negara, Shah Firdaus Sahrom turut terkandas dalam saingan repechage.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X