Khamis, 12 April 2018 | 4:10pm
GIMNAS negara, Amy Kwan (kiri) raih pingat gangsa dengan mengumpul 51.500 mata keseluruhan dalam empat disiplin iaitu belantan, riben, gelung dan bola dalam acara gimrama individu keseluruhan di Coomera Indoor Sports Centre. - Foto AFP

Amy raih pingat kedua

GOLD COAST: Gimnas negara, Amy Kwan merangkul pingat kedua apabila meraih gangsa dalam acara gimrama individu keseluruhan di Coomera Indoor Sports Centre, sebentar tadi.

Gimnas kelahiran Selangor berusia 23 tahun itu mengumpul 51.500 mata keseluruhan dalam empat disiplin iaitu belantan, riben, gelung dan bola. 

Gimnas Cyprus, Diamanto Evripidou seperti dijangka memenangi emas selepas mengumpul 55.750 mata manakala Katherine Uchida dari Kanada di tempat kedua (52.650 mata). 

Amy turut memenangi pingat perak acara berpasukan semalam apabila bergandingan dengan Koi Sie Yan dan Izzah Amzan sekali gus memperbaiki pencapaian gangsa yang dimenanginya bersama Fatin Zakirah Zain Jalany dan Wong Poh San di Glasgow 2014. 

Berita Harian X