Sabtu, 28 April 2018 | 7:14am
PENERJUN negara, Pandelela Rinong Pamg (kiri) dan Cheong Jun Hoong membuktikan mereka gandingan yang terbaik di dunia. - Foto Rosli Rahmat
PENERJUN negara, Pandelela Rinong Pamg (kiri) dan Cheong Jun Hoong membuktikan mereka gandingan yang terbaik di dunia. - Foto Rosli Rahmat

Jun Hoong-Pandelela terus menggenggam dunia

KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara, Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong membuktikan mereka gandingan yang terbaik di dunia.

Malam tadi, gandingan itu mengejutkan barisan pencabar yang lebih berwibawa dalam acara 10m platform seirama untuk memenangi pingat emas dalam pusingan ketiga Siri Terjun Dunia di Montreal, Kanada.

Pencapaian itu menyaksikan Jun Hoong dan Pandelela muncul penerjun pertama dari Malaysia berjaya memenangi gelaran siri dunia.

 Untuk memenangi emas di Siri Dunia, yang menjadi pertarungan antara lapan gandingan terbaik dunia, adalah lebih sukar jika dibandingkan dengan Sukan Komanwel di mana Jun Hoong-Pandelela turut menyambar emas baru-baru ini.

 Di Montreal, pasangan Malaysia itu mengetepikan pemenang pingat perak iaitu penerjun Korea Utara,  Kim Mi-rae-Kim Kuk-Hyang untuk memenangi tempat pertama manakala Si Yajie-Lin Shan dari China sekadar berpuas hati dengan gangsa.

Penerjun Kanada, Meaghan Benfeito-Caeli McKay yang juga pemenang pingat perak Sukan Komanwel menamatkan aksi di kedudukan keempat.

Kejayaan Jun Hoong dan Pandelela hadir tepat pada masanya buat Malaysia yang menaruh harapan untuk memenangi emas pertama Sukan Olimpik di Tokyo 2020

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X