Sabtu, 5 Mei 2018 | 8:52pm
ATLET Renang Sarawak Wee Sheng Welson Sim meraih pingat emas dalam Acara Renang Gaya Bebas 200 Meter Lelaki Akhir dan mencipta rekod baru Kejohanan dengan 1:47:97 pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia Ke-61 hari ini. - Foto BERNAMA

Welson pecah rekod kejohanan

BUKIT JALIL: Sokongan penonton di laman sendiri meningkatkan semangat perenang negara, Welson Sim mencipta rekod baharu pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-61 yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

Welson merekodkan 1 minit 47.97 saat dalam acara 200 meter (m) gaya bebas lelaki sekali gus memecahkan rekod kejohanan miliknya sendiri, iaitu 1:48.50 yang dicipta Jun tahun lalu.

Perenang dari Sarawak itu mengakui dia tidak menjangka dapat merekodkan catatan itu kerana mengalami kecederaan buku lali kiri sekembalinya dari temasya Sukan Komanwel.

"Saya terkejut dengan catatan masa hari ini, mungkin kerana saya mengalami kecederaan. Tetapi saya mendapat motivasi apabila beraksi di laman sendiri.

"Ini boleh dikatakan rekod terbaik musim ini tetapi saya agak kecewa kerana tidak dapat melakukannya di Komanwel, yang mana catatan masa ini boleh membuatkan saya beraksi di final.

"Mungkin pada masa itu (Komanwel) saya agak gementar jadi membuatkan aksi tidak begitu menjadi," kata atlet Sarawak itu selepas menamatkan saingan.

Berikut adalah keputusan Kejohanan Renang Terbuka Malaysia, hari ini.

50m kuak kupu-kupu lelaki  

EMAS: Chan Jie (SEL) 24.90s

PERAK: S.Prakash (IND) 25.03s

GANGSA: Ho Tin Long (HKG) 25.20s

 

200m kuak lentang lelaki 

EMAS: Arijus B Pavlidi (LTU) 2:03.72s

PERAK: Tern Jian Han (JOH) 2:06.02s

GANGSA: Arvind T Mani (IND) 2:06.15s

 

200m rampaian individu lelaki 

EMAS: Jordan Yip (SEL) 2:07.72s

PERAK: Fung Chun Ho (HKG) 2:09.36s

GANGSA: Sebastian Soon (WPKL) 2:09.54s

 

200m gaya bebas lelaki 

EMAS: Welson Sim Wee Sheng (SWK) 1:47.97s

PERAK: S.Prakash (IND) 1:51.44s

GANGSA: Yeap Zheng Yang (SEL) 1:52.77s 

 

4x100m gaya bebas lelaki 

EMAS: Hong Kong (HKG) 3:27.26s

PERAK: Kuala Lumpur (WPKL) 3:31.18s

GANGSA: Sarawak (SWK) 3:31.57s

 

50m kuak kupu-kupu wanita 

EMAS: Chan Kin Lok (HKG) 27.21s

PERAK: Elynn Tan (PEN) 28.50s

GANGSA: Wong Shi Qi (PAH) 28.72s

 

200m kuak lentang wanita 

EMAS: Rosalind Pang (SEL) 2:23.47s

PERAK: Goh Chia Tong (MEL) 2:23.66s

GANGSA: Nessa Yip (SEL) 2:27.19s

 

200m rampaian individu wanita

EMAS: Lam Hoi Kiu (HKG) 2:21.61s

PERAK: Angelina Chan (SEL) 2:25.28s

GANGSA: Alicia Soosai Li Ann (JOH) 2:28.29s

 

200m gaya bebas wanita 

EMAS: Sze Hang Yu (HKG) 2:03.09s

PERAK: Misa Okuzuno (WPKL) 2:09.67s

GANGSA: Angela Chieng Chui Fei (SWK) 2:11.44s

 

4x100m wanita gaya bebas 

EMAS: Hong Kong (HKG) 3:56.69s

PERAK: Selangor (SEL) 4:03.75s

GANGSA: Kuala Lumpur (WPKL) 4:06.35s

 

 

Berita Harian X