Jumaat, 8 Jun 2018 | 12:54am
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Perak, Howard Lee Chuan How (tiga kiri) bersama Perunding Kejohanan Sukma Perak 2018, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan (kiri) ketika meninjau keadaan trek kayu untuk acara lumba basikal di Velodrom Rakyat Ipoh. - Foto Abdullah Yusof
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Perak, Howard Lee Chuan How (tiga kiri) bersama Perunding Kejohanan Sukma Perak 2018, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan (kiri) ketika meninjau keadaan trek kayu untuk acara lumba basikal di Velodrom Rakyat Ipoh. - Foto Abdullah Yusof

Tiada kompromi keselamatan atlet: Howard Lee

IPOH: Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Modal Insan Negeri, Howard Lee Chuan How menegaskan kerajaan Perak tidak akan berkompromi dalam hal keselamatan atlet.

"Dengan penuh hormat persekutuan dan kesatuan sukan tiada kuasa terhadap keputusan kerajaan memastikan keselamatan atlet," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Howard berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bahawa tiada pihak lain kecuali Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) boleh menentukan Velodrom Rakyat sesuatu diiktiraf layak untuk menganjurkan pertandingan semasa Sukan Malaysia (SUKMA) Perak a 2018.

"Saya sendiri sudah meninjau keadaan velodrom rakyat dan mendapati ia merbahaya untuk digunakan oleh atlet. Malah bukan setakat treknya, keadaan velodrom itu sendiri seperti sebuah bangunan usang yang ditinggalkan.

"Jadi berdasarkan itu pendirian saya kekal bahawa tiada atlet akan berlumba di atas trek itu," katanya.

Howard sebelum ini mengumumkan acara trek berbasikal pada SUKMA ke-19 itu mungkin dibatalkan. Namun semalam Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Lokman Hakim Ali dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail turun padang untuk meninjau sendiri keadaan Velodrom Rakyat.

"Saya berkesempatan bertemu KSU KBS, Ketua Pengarah MSN yang ditemani kontraktor yang mengetuai projek RM11 juta di pejabat saya petang semalam. Selepas menerima taklimat rentetan kronologi kompleks dan penjelasan antara Jabatan saya berpendirian gelanggang itu belum siap.

"Menurut PKBM gelanggang itu perlu mendapat  kebenaran UCI di mana penilaiannya akan dilakukan Ogos ini. Kontraktor memaklumkan kerja membaiki dan membersihkan (trek sahaja) akan siap hujung Julai untuk membolehkan 'homologation' (penilaian) dilakukan. 

"Walaupun UCI akan memeriksa dan mengesahkan kesediaan velodrom tetapi kata putus adalah di tangan kerajaan. Setakat ini keputusan membataljan enam acara  trek itu kekal kecuali PKBM boleh meyakinkan kami velodrom ini selamat untuk digunakan," katanya.

 

 

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X