Ahad, 15 Julai 2018 | 1:38pm

5 lagi atlet Russia diterima IAAF

PARIS: Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) yang mengharamkan Russia sejak 2015 angkara skandal doping mengumumkan bahawa mereka membersihkan lima lagi atlet dari skandal itu untuk bertanding di bawah bendera neutral pada 2018.

Tidak ada seorang pun daripada mereka mencapai kejayaan antarabangsa yang ketara.

Panel yang memberikan status neutral sudah beroperasi sejak Sukan Olimpik Rio 2016.

Dengan lima penambahan atlet berkenaan bermakna senarai untuk 2018 mengandungi 72 atlet tetapi 68 lagi ditolak tahun ini dan IAAF berkata mereka menerima lebih daripada 200 permintaan sejak Disember.

Badan induk itu dibelenggu skandal pada 2015 ketika Lamine Diack yang bertindak selaku presiden sejak 1999, ditahan di Perancis dan didakwa mengambil jutaan dolar untuk menutupi kegagalan ujian doping atlet Russia.

IAAF memperbaharui penggantungan Russia pada 6 Mac. - AFP

Berita Harian X