Selasa, 24 Julai 2018 | 6:00pm
SKUAD hoki negara tewas 2-4 kepada Australia A di Perth, hari ini. - Foto Twitter @hockeymalaysia
SKUAD hoki negara tewas 2-4 kepada Australia A di Perth, hari ini. - Foto Twitter @hockeymalaysia

Malaysian Tigers tewas

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad hoki negara, Stephen Van Huizen mengaku kecewa dengan prestasi barisan pemainnya yang tewas 2-4 pada perlawanan pertama kepada skuad campuran, Australia A di Perth.

Skuad negara hanya bangkit di hujung permainan apabila menjaringkan dua gol menerusi pukulan sudut penalti Muhammad Razie Abd Rahim pada minit ke-50 dan jaringan padang Faizal Saari, empat minit kemudian.

Sebelum itu, mereka ketinggalan tiga gol yang dihasilkan pada minit ke 23, 24 dan 28 sebelum tuan rumah  menambah gol keempat pada minit ke-53.

"Pada separuh masa kedua, kami memberi lebih banyak tekanan dengan Razie menjaringkan gol pertama menerusi pukulan sudut penalti.

"Bagaimanapun kami memberi lawan satu lagi pukulan sudut penalti yang tidak sepatutnya yang menyebabkan mereka berjaya menambah gol keempat.

"Kita memperoleh gol kedua menerusi Faizal berpunca daripada tolakan cantik Faiz Helmi Jali yang berjaya menewaskan beberapa pertahanan lawan.

"Secara keseluruhan saya kecewa dengan kekalahan ini. Kami dihukum kerana melakukan kesilapan," katanya.

Sementara itu, skuad hoki wanita negara mencatat keputusan seri 2-2 pada perlawanan kedua bertemu Queensland Academy of Sports (QAS) di Pusat Hoki Brisbane.

Semalam, skuad bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu seri 1-1 ketika bertemu lawan sama.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X