Isnin, 27 Ogos 2018 | 10:29pm
Jaguh lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa pada aksi final di Stadium Utama Gelora Bung Karno, sebentar tadi. - Foto REUTERS

Nauraj, Hup Wei gagal melompat lebih tinggi

 

JAKARTA: Dua jaguh lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa dan Lee Hup Wei masing-masing menamatkan saingan di tangga ketujuh dan 10 pada aksi final di Stadium Utama Gelora Bung Karno, sebentar tadi.

Nauraj berpeluang meraih pingat apabila melakukan lompatan terakhir bagi mencuba ketinggian 2.28 meter namun dia gagal melepasinya ketika sembilan lagi pesaing juga gagal.

Catatan dilakukan pemenang dari China, Yu Wang ialah 2.30m, sama dengan rekod kebangsaan milik Nauraj dilakukan pada Terbuka Singapura, tahun lalu.

Perak menjadi milik Woo Sanghyeok dengan lompatan 2.28m manakala gangsa dikongsi bersama Majd Eddin Ghzal (Syria) dan Tobe Naoto yang melakukan 2.24m

Hup Wei pula gagal melepasi ketinggian 2.24 meter untuk kedudukan ke-10 daripada 12 peserta.

Hup Wei pada mulanya mudah melepasi ketinggian 2.10m dan 2.15m sebelum memerlukan dua lompatan untuk melepasi 2.20m.

Berita Harian X