Selasa, 30 Oktober 2018 | 10:49pm
PEMAIN Perak, Muhammad Husaini Mohd Husin (kiri) cuba menghalang pemain Kuala Lumpur, Mohd Eamadan Rosli pada saingan saingan Divisyen Satu, Piala Tun Abdul Razak di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini. - Foto BERNAMA
PEMAIN Perak, Muhammad Husaini Mohd Husin (kiri) cuba menghalang pemain Kuala Lumpur, Mohd Eamadan Rosli pada saingan saingan Divisyen Satu, Piala Tun Abdul Razak di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini. - Foto BERNAMA

Perak raih 3 mata

 

KUALA LUMPUR: Juara bertahan, Perak mengekalkan rekod tanpa kalah apabila menewaskan Kuala Lumpur 3-2 pada perlawanan ketiga saingan Divisyen Satu, Piala Tun Abdul Razak di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Perak sebelum ini mencatat keputusan seri 1-1 ketika bertemu Terengganu sebelum membelasah Melaka 5-0.

Pada perlawanan hari ini, Muhamad Aminudin Mohd Zain bagaimanapun meletakkan Kuala Lumpur di depan apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti minit keempat.

Namun Perak menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti Hairul Nizam Ab Rani seminit sebelum berakhir suku pertama.

Penyerang kebangsaan, Muhammad Haziq Samsul mengukuhkan kedudukan Perak apabila menghadiahkan gol kedua menerusi jaringan padang minit ke-20.

Bersambung babak kedua, Mohd Ramadan Rosli menyamakan kedudukan untuk Kuala Lumpur menerusi jaringan padang namun Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal kembali meletakkan Perak di depan dua minit kemudian, juga menerusi gol padang.

Sementara dalam aksi divisyen dua, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tempat di pentas final apabila mencatat kemenangan keempat berturut-turut selepas menewaskan Pahang 1-0 seterusnya mengutip 12 mata penuh.

Jaringan tunggal kapten PDRM, Baljit Singh Sarjab Singh menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-47 cukup untuk mengesahkan PDRM ke final.

“Kami tidak menjangkakan akan mencatat kemenangan ke atas Pahang kerana lawan dibarisi pemain muda yang beraksi pada SUKMA 2018 serta mempunyai kemahiran cukup baik. Tapi pada perlawanan hari ini penjaga gol kami juga memainkan peranan penting menyelamatkan banyak percubaan Pahang.

“Selain itu kami cuba untuk bermain dengan disiplin yang cukup tinggi dan kelebihan satu pukulan sudut penalti kami manfaatkan dengan sebaik mungkin.

"Hasilnya kami berjaya mendapat gol yang cukup bermakna untuk pasukan," kata Baljit . 

 

Keputusan

Divisyen Satu Lelaki: Melaka 3 Pulau Pinang 2, Kuala Lumpur 2 Perak 3, Johor 1 Terengganu 3

Divisyen Dua Lelaki: ATM 3 Singapura 1, Pahang 0 PDRM 1, Kelantan 2 Selangor 3

Wanita (Kumpulan A): Melaka 0 Kuala Lumpur 3, Singapura 0 PDRM 5 

Jadual

Esok: Divisyen Satu Lelaki: Terengganu mln Kuala Lumpur (4 ptg, padang 1), Pulau Pinang mln Perak (4 ptg, padang 2) Melaka mln Johor (6 ptg, padang 2)

Wanita (tempat 5-8): Melaka mln Terengganu (8 pg, padang 2), Pahang mln PDRM (8 pg, padang 1)

*Semua perlawanan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X