Khamis, 28 Februari 2019 | 2:08pm
TRIO berbasikal kebangsaan diketuai Azizulhasni Awang gagal melepasi pusingan kelayakan. - Foto Eizairi Shamsudin
TRIO berbasikal kebangsaan diketuai Azizulhasni Awang gagal melepasi pusingan kelayakan. - Foto Eizairi Shamsudin

Trio Azizulhasni tersekat di Poland

BANGI: Trio berbasikal kebangsaan diketuai Azizulhasni Awang gagal melepasi pusingan kelayakan acara pecut berpasukan selepas menduduki tangga ke-15 daripada 16 pasukan di Arena Pruszków, Poland awal pagi tadi. 

Skuad yang turut dianggotai oleh Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis berkenaan  mencatat masa 45.099 saat ketinggal jauh dibelakang trio dari Belanda 42.574saat selaku pendahulu pusingan kelayakan. 

Trio Belanda yang dianggotai oleh Roy Van Den Berg, Harrie Lavreysen dan Jeffrey Hoogland sekali lagi membuktikan kehebatan mereka dengan menang pingat emas di final acara berkenaan selepas mengatasi pelumba dari Perancis. 

Untuk rekod Azizulhasni berpeluang menebus kehampaan gagal layak ke final acara pecut berpasukan apabila beliau dijangka turun beraksi di pusingan kelayakan acara kegemarannya keirin kira-kira jam 9.30 malam ini (waktu Malaysia). 

Sebelum ini Azizulhasni sekali lagi mengulangi kenyataan bahawa beliau hanya meletakkan sasaran memecahkan rekod kebangsaan dan menduduki tempat kelapan bagi acara pecut berpasukan serta mara ke final acara keirin sahaja kerana sudah menjangkakan saingan sengit bakal diberikan pelumba lain. 

Tahun lalu, Azizulhasni gagal mempertahankan gelaran Raja Keirin Dunia dan terkandas awal dalam acara pecut individu di Kejohanan Basikal Trek Dunia 2018 selepas beliau terkena jangkitan virus, deman dan batuk  teruk.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X