Sabtu, 20 April 2019 | 12:39pm
BEKAS pemain NBA, Bostjan Nachbar.

NBA kembali gilap bakat pemain, jurulatih tempatan

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Keranjang Nasional (NBA) mengumumkan inisiatif bagi pembangunan remaja secara global yang dikenali dengan program Jr. NBA dalam usaha mempromosikan budaya hidup sihat dan aktif. 

Buat kali keenam berturut-turut, ia bakal kembali ke Malaysia dan sejak dilancarkan pada tahun 2014, program Jr. NBA Malaysia sudah disertai lebih 770,000 pemain serta jurulatih dari seluruh negara.

Program ini akan dijalankan bersama Kem Jr. NBA Malaysia di Stadium MABA hari ini  yang membabitkan peserta lelaki dan perempuan dari seluruh negara. 

Bekas pemain NBA, Bostjan Nachbar akan memberi panduan di atas gelanggang sekali gus mengenal pasti lima pemain lelaki dan perempuan yang layak berada di dalam senarai Jr. NBA Malaysia All-Star 2019. 

“Saya berbangga dapat menjadi sebahagian daripada program Jr.NBA Malaysia dan teruja untuk merasai sendiri bagaimana sukan ini dijalankan oleh remaja di Malaysia,” kata Nachbar. “Ini adalah peluang terbaik untuk membantu mereka megenali perkara asas dan memberi impak positif dalam pembangunan sebagai atlet dan pemimpin masa depan,”

Peserta terpilih akan merasai pengalaman latihan bertaraf dunia dan mengenali lima elemen utama, semangat kesukanan (sportsmanship), kerjasama (teamwork), sikap positif (positive attitude), dan hormat (respect) atau singkatannya (S.T.A.R). Pendaftaran secara atas talian bagi Kem Remaja NBA Malaysia sudah dibuka; www.jrnba.asia/malaysia.

“Program Jr. NBA Malaysia akan terus menjadi platform utama dalam memberi inspirasi ke arah cara hidup aktif serta mempelajari cara hidup menerusi sukan bagi menghadapi isu kecergasan yang sering dihadapi remaja kini,” kata Naib Presiden Rakan Global NBA Asia Associate, Jim Wong.

Kami komited untuk memberi pemain Malaysia lebih banyak peluang untuk belajar menerusi inisiatif pembangunan bola keranjang di negara ini."

Akademi Kejurulatihan NBA Remaja menerusi inisiatif melatih jurulatih untuk membentuk asas pendidikan tentang bola keranjang, juga akan kembali ke Malaysia sekali gus meneruskan sokongan padu bagi pembangunan sukan bola keranjang di Malaysia. 

Sejak tahun 2017, program ini membantu lebih 2,000 tenaga pengajar daripada 1,600 sekolah di 14 buah bandar di Malaysia termasuk Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Melaka, Pulau Pinang dan Selangor.

190 dibaca
Berita Harian X