Ahad, 28 April 2019 | 8:56pm
JAGUH renang negara, Welson Sim menamatkan saingan hari terakhir Kejohanan Renang Terbuka Malaysia dengan menambah satu emas dan satu gangsa bagi menjadikan keseluruhan empat emas dan satu gangsa pada edisi ke-62 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil. - NSTP/Zulfadhli Zulkifli
JAGUH renang negara, Welson Sim menamatkan saingan hari terakhir Kejohanan Renang Terbuka Malaysia dengan menambah satu emas dan satu gangsa bagi menjadikan keseluruhan empat emas dan satu gangsa pada edisi ke-62 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil. - NSTP/Zulfadhli Zulkifli

Welson tambah 1 emas

KUALA LUMPUR: Jaguh renang negara, Welson Sim menamatkan saingan hari terakhir Kejohanan Renang Terbuka Malaysia dengan menambah satu emas dan satu gangsa bagi menjadikan keseluruhan empat emas dan satu gangsa pada edisi ke-62 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil. 

Mewakili Sarawak, Welson memenangi emas dalam acara 1,500 meter gaya bebas lelaki dengan catatan 16 minit 8.90 saat namun terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa dalam acara terakhir, 50m gaya bebas biarpun merekodkan masa terbaik 23.52s dalam saringan pagi. 

Beliau memperoleh gangsa dengan merekodkan 23.72s di belakang perenang Iran, Benyamin Gharehhassanloo yang mencatatkan 23.40s dan Neel Roy dari India (23.46s) yang memenangi perak. 

"Pada saingan 1,500m tadi ketika 500m atau 600m pertama, saya rasakan ketegangan di bahu kiri saya kembali sakit. Saya terpaksa melepaskannya (tidak memaksa catatan terbaik). 

"Mungkin juga kerana apa yang berlaku ketika 1,500m masa saya lakukan tidak begitu bagus. Catatan masa saya di saringan lebih bagus dan jika ikutkan masa itu, saya boleh memenangi emas di final," katanya yang akan kembali meneruskan latihan di Melbourne, Selasa ini. 

Perenang berumur 22 tahun itu memenangi emas acara 100m, 200m, 400m dan 1,500m sementara satu gangsa - 50m pada kejohanan kali ini.

Welson berkata beliau akan menjalani latihan di Australia di bawah kendalian pemenang emas Olimpik, Mack Horton sehingga Terbuka Singapura pada Jun ini. 

"Saya rasa saya akan teruskan program sedia ada dan tidak mengubah apa-apa menjelang Terbuka Singapura dengan kini saya akan beri tumpuan pada 'power' dan rentak perlumbaan," katanya. 

 

Keputusan hari terakhir Kejohanan Renang Terbuka Malaysia

1,500m gaya bebas lelaki

Emas: Welson Sim (SWK) 16:08.90s Perak: Sebastian Soon (KUL) 16:13.32s Gangsa: Jayden Tan (SEL) 16:39.95s

1,500m gaya bebas wanita

Emas: Ho Nam Wai (HKG) 17:16.65s Perak: Goh Chia Tong (MLK) 17:34.59s Gangsa: Georgene Wee (KUL) 18:23.45s

50m kuak dada lelaki

Emas: S P Likith (IND) 28.05s Perak: Ng Jing Fu (SEL) 29.19s Gangsa: Adam Faris Tan (SEL) 29.71s

50m kuak dada wanita

Emas: Alicia Li (JOH) 32.83s Perak: Natalie Kan (HKG) 32.85s Gangsa: Angelina Chan (SEL) 33.88s

200m kuak kupu-kupu lelaki

Emas: Sajan Prakash (IND) 1:58.03s Perak: Tia'A Faang Der (JOH) 2:02.32s Gangsa: Low Zheng Yong (MLK) 2:02.47s

200m kuak kupu-kupu wanita Emas: Alma Louise Dahl (KUL) 2:26.15s Perak: Ong Yong Qi (JOH) 2:20.15s Gangsa: Lim Shun Qi (SEL) 2:21.95s

50m gaya bebas wanita Emas: Natalie Kan (HKG) 26.00s Perak: Kenisha Gupta (IND) 26.81s Gangsa: Liew Chern xin (SEL) 27.36s

50m gaya bebas lelaki Emas: Benyamin Ghareh Hassanloo (IRI) 23.40s Perak: Neel Roy (IND) 23.46s Gangsa: Welson Sim (SWK) 23.72s

Berita Harian X