Ahad, 28 April 2019 | 8:59pm
KARIM (tengah) selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Olahraga Perak, hari ini.

Karim terus terajui olahraga Perak

 

KUALA LUMPUR: Datuk Karim Ibrahim mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Olahraga Perak buat penggal ketiga berturut-turut sekali gus memberi petanda positif untuk kekal mempertahankan jawatan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dalam pemilihan akan berlangsung sebelum Jun ini. 

"Ini adalah kali ketiga saya menang jawatan Presiden di Perak tanpa dicabar dan saya akan meneruskan khidmat selama tiga tahun lagi. 

"Kemenangan ini memberi saya semangat untuk terus berjuang membangunkan olahraga di negara ini sekali gus meneruskan tugas sebagai Presiden KOM jika diberi mandat sekali lagi," katanya kepada BH Sukan, di sini, hari ini. 

Beliau berkata, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan juga pemilihan KOM belum diputuskan namun akan diadakan sebelum Jun ini. 

Karim memenangi kerusi Presiden KOM sejak penggal 2014-2016 dan kemudian tidak dicabar pada pemilihan 2016-2018.

133 dibaca
Berita Harian X