Isnin, 20 Mei 2019 | 9:15am
BROOKS Koepka. - Foto AFP

Koepka raih gelaran major keempat

BETHPAGE (Amerika Syarikat): Brooks Koepka menyekat kemaraan Dustin Johnson untuk merangkul Kejuaraan PGA kali kedua berturut-turut awal pagi ini, sekali gus mencipta kejayaan major keempatnya.

Koepka hampir gagal apabila beliau yang mendahului dengan tujuh pukulan akhirnya kurang kepada satu pukulan sahaja, tetapi beliau bertahan dengan melakukan empat bogey berturut-turut di lubang sembilan terakhir dan satu lagi di lubang ke-17.

“Ini mungkin kejohanan yang saya paling puas hati daripada semua major,” kata Koepka.

“Ini pastinya berada di senarai teratas bagaimana emosi dan bagaimana mental saya harungi.”

Koepka melakukan empat atas par 74 di pusingan terakhir di Bethpage Black yang berangin untuk menamatkan kejohanan 72 lubang dengan lapan bawah 272 dan Johnson tewas dengan dua pukulan, menggantikan beliau di kedudukan nombor satu dunia selepas tamat acara  itu.

“Saya lega kerana tidak ada lagi lubang untuk dihabiskan,” kata Koepka. “Ia adalah pusingan golf yang sangat tertekan.”

Johnson yang melakukan bogey di lubang 16 dan 17 menjadikan ia berbeza tetapi Koepka melakukan bogey di par 3 lubang ke-17, kemudian melakukan tee lubang ke-18 sebelum melakukan putt dari jarak 1.8 meter untuk mencipta kejayaan. 

“DJ (Dustin Johnson) bangkit memberi tentangan sengit,” kata Koepka.

“Beliau melakukan kerja yang bagus memberi tekanan kepada saya, bermain golf yang padu sehingga ke penghabisan.”

“Itu adalah pusingan paling mengujakan dalam kehidupan saya di lubang ke-18,” kata Koepka.

Koepka, yang memburu kemenangan ketiga Terbuka Amerika Syarikat berturut-turut pada bulan hadapan di Pebble Beach, menjadi pemain pertama yang memenangi gelaran berturut-turut di dua kejohanan major dengan membawa pulang Wanamaker Trophy dengan hadiah kemenangan  AS$1.98 juta (RM8.27 juta). – AFP

154 dibaca
Berita Harian X