Isnin, 15 Julai 2019 | 6:27pm
Gandingan Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng menduduki tempat kelapan dalam final acara 3m papan anjal seirama wanita pada Kejohanan Dunia FINA di Gwangju, Korea Selatan.

Dhabitah-Yan Yee raih tempat kelapan

KUALA LUMPUR: Gandingan Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng menduduki tempat kelapan dalam final acara 3 meter (m) papan anjal seirama wanita pada Kejohanan Dunia FINA di Gwangju, Korea Selatan, hari ini.

Dhabitah-Yan Yee yang berada di kedudukan keenam dalam pusingan kelayakan memulakan terjunan pertama dengan mengumpul 45.60 mata untuk berada di kedudukan ke-10 sebelum membaiki kedudukan kelapan pada terjunan seterusnya.

Mereka kemudian kekal di kedudukan berkenaan dengan mengutip keseluruhan 277.35 mata.

Acara itu dimenangi China menerusi penerjunnya, Wang Han yang bergandingan bersama Shi Tingmao apabila mengumpul 342.0 mata diikuti penerjun Kanada, Jennifer Abel-Melissa Citrini Beaulieu yang mencatat 311.10 mata. 

Tempat ketiga milik gandingan Mexico, Paola Espinosa Sanchez-Nelany Hernandez Torres.

Esok, skuad terjun negara akan meneruskan cabaran dalam acara 10m platform individu wanita menerusi sandaran negara, Pandelela Rinong Pamg yang akan turun dalam pusingan kelayakan bagi menempah tempat ke separuh akhir.

Jika melepasi pusingan separuh akhir, Pandelela akan bertanding pada acara akhir yang dijadual berlangsung pada Rabu. 

Sebagai rekod, 12 penerjun terbaik dalam acara individu akan secara automatik memperoleh tiket ke Olimpik 2020 Tokyo.

Sementara itu, Leong Mun Yee dan Chew Yiwei akan turun dalam acara berpasukan esok namun acara itu tidak dipertandingkan di Olimpik.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X