Khamis, 22 Ogos 2019 | 1:09pm
Barisan pengurusan Akademi Angkat Berat Melaka dan guru sekolah selepas pengumuman SK Nyalas sebagai akademi sukan berkenaan di Jasin, Melaka. - NSTP/Nazri Abu Bakar

SK Nyalas dipilih akademi angkat berat

MELAKA: Sekolah Kebangsaan (SK) Nyalas, Jasin dipilih sebagai Akademi Angkat Berat Sekolah Rendah oleh Persekutuan Angkat Berat Malaysia. 

Guru Besar SK Nyalas Imran Lamin berkata, pemilihan itu berdasarkan kepada persekitaran dan kemudahan yang terdapat di sekolah berkenaan termasuk asrama bagi penempatan pelatih.

Katanya, program berkenaan antara langkah awal bagi melahirkan atlet angkat berat berkualiti dari Melaka.

“Usaha proaktif mengenal pasti bakat pada usia muda antara ciri penting kepada pemilihan terbabit. Malah akademi ini antara yang pertama seumpamanya di Malaysia dengan mensasarkan pingat emas Sukan Malaysia (SUKMA) untuk beberapa edisi akan datang,” kata Imran.

"Lebih membanggakan pihak Think Osem Sdn Bhd juga menyampaikan sumbangan permulaan sebanyak RM5,000 bagi tujuan pembangunan sukan berkenaan.”

Sumbangan disampaikan oleh Koordinator Think Osem Melaka merangkap pengarah kejurulatihan akademi terbabit, Azmar Abdul Hamid.

Hadir sama, wakil Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Jasin, Muhaidin Tamby; Ketua Unit Sukan Jabatan Pendidikan Melaka, Dr Mohd Aras Khamis; Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nyalas, Abdul Razak Othman dan barisan kepimpinan Kampung Nyalas.

219 dibaca
Berita Harian X