Jumaat, 6 September 2019 | 5:20pm
Skuad boling padang Kuala Nerus membuktikan keampuhannya apabila berjaya memperoleh dua pingat emas menerusi acara beregu wanit dan berpasukan empat lelaki serta pingat perak menerusi gandingan trio wanita pada Sukan Terengganu 2019 (SUTERA) di Arena Lawn Bowls Kompleks Sukan Negeri. - NSTP/Rozainah Zakaria
Skuad boling padang Kuala Nerus membuktikan keampuhannya apabila berjaya memperoleh dua pingat emas menerusi acara beregu wanit dan berpasukan empat lelaki serta pingat perak menerusi gandingan trio wanita pada Sukan Terengganu 2019 (SUTERA) di Arena Lawn Bowls Kompleks Sukan Negeri. - NSTP/Rozainah Zakaria

Kuala Nerus ungguli boling padang

KUALA NERUS: Kontinjen Kuala Nerus dan Dungun bersaing hebat dalam merebut empat daripada lapan pingat menerusi boling padang yang dipertandingkan pada hari kedua kejohanan Sukan Terengganu 2019 (SUTERA 2019) di Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, di sini, hari ini.

Skuad boling padang Kuala Nerus membuktikan keampuhannya apabila berjaya memperoleh dua pingat emas menerusi acara beregu wanit dan berpasukan empat lelaki serta pingat perak menerusi gandingan trio wanita.

Skuad Dungun pula berpuas hati dengan satu emas menerusi acara trio wanita dan dua pingat perak dalam perseorangan lelaki serta berpasukan empat lelaki dan satu gangsa menerusi beregu wanitanya.

Dalam acara perseorangan lelaki, wakil Kuala Terengganu berjaya memproleh satu pingat emas, dua gangsa dalam acara berpasukan empat lelaki dan berpasukan tiga wanita.

Antara aksi pemain boling padang pada Sukan Terengganu 2019 di Arena Lawn Bowls Kompleks Sukan Negeri. - NSTP/Rozainah Zakaria
Antara aksi pemain boling padang pada Sukan Terengganu 2019 di Arena Lawn Bowls Kompleks Sukan Negeri. - NSTP/Rozainah Zakaria

Atlet Hulu Terengganu pula menerusi pasangan beregu berjaya membawa pulang satu pingat perak dan dua gangsa disumbangkan dalam acara perseorangan lelaki dan berpasukan tiga wanita.

Skuad Marang menerusi acara beregu wanita dan berpasukan empat lelaki pulang dengan pingat gangsa dan satu lagi pingat gangsa diraih wakil Kemaman menerusi acara perseorangan lelaki.

Pengurus pasukan boling padang Kuala Nerus, Fairul Hisyam Mat, berkata skuadnya memang diharap mendapatkan dua pingat emas pada kejohanan ini dan sasaran setakat ini berjaya dicapai.

Katanya, empat lagi acara akan diadakan esok dan peringkat akhir pada Ahad ini serta berharap ada kilauan pingat emas lagi menerusi gelanggang boling padang.

“Saya berpuas hati dengan pretasi ditonjolkan skuad boling padang Kuala Nerus kerana berjaya mencapai sasaran dua pingat emas menerusi acara ini. Kemenangan ini menjadi suntikan semangat kepada kontinjen Kuala Nerus terus bersaing di SUTERA 2019.

“Malah untuk empat lagi acara boling padang ini, saya melihat ada peluang kita menambah pingat emas, namun enggan meletakkan tekanan kepada pasukan, sebaliknya kita lihat dulu kepada perlawanan awal yang berlangsung nanti,” katanya.

Perebutan pingat dalam boling padang akan diteruskan esok di Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Negeri Terengganu menerusi acara beregu dan berpasukan tiga lelaki serta perseorangan dan berpasukan empat wanita.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X