Isnin, 9 September 2019 | 9:05pm
SUBAHAN (lima dari kiri), Timbalan Presiden KFM, Prof. Datuk Dr. Shamala Subramaniam (enam dari kiri) dan Jurulatih Skuad Hoki Kebangsaan, Roelant Oltmans (empat dari kiri) bersama wakil pemain Skuad Hoki Kebangsaan di Majlis Sidang Media sempena pengumuman keputusan perlawanan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Bilik Mesnyuarat KFM, Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. NSTP/Eizairi Shamsudin

Diundi jumpa Great Britain: Oltmans tetap positif

KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki negara berdepan misi sukar apabila diundi bertemu Great Britain dalam aksi play-off kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Atas kertas ia sudah pasti ujian berat buat skuad bimbingan Roelant Oltmans bertemu lawan yang berada di kedudukan ranking tujuh dunia berbanding Malaysia ke-11.

Bagaimanapun, Oltmans kekal positif dan enggan anak buahnya mengangkat bendera putih terlalu awal apabila menegaskan peluang mencipta kejutan tetap ada.

"Sudah pasti ia undian yang sukar kerana kami akan bertemu Britain tetapi apapun kami perlu mengharunginya.

“Kita tidak boleh lagi mengubahnya. Namun,  secara peribadi saya tidak percaya kepada semua 'sistem' ini.

“Masih ada lagi peluang untuk layak dan kami perlu bekerja keras bermula sekarang," katanya pada sidang media selepas undian yang dijalankan Persekutuan Hoki Antarabangsa di Lausanne, Switzerland, hari ini.

Berdasarkan format aksi play-off itu, skuad negara akan beraksi dua perlawanan dengan Britain di Stadium Olimpik London pada 1 dan 3 November depan.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X