Selasa, 17 September 2019 | 9:47pm
PEKAN (kanan) menerima Anugerah Suruhanjaya Eksekutif Persekutuan Bolasepak Universiti Asia (AUFF) daripada Presiden Byon Seok Hwa di di Tainan City, Taipei.
PEKAN (kanan) menerima Anugerah Suruhanjaya Eksekutif Persekutuan Bolasepak Universiti Asia (AUFF) daripada Presiden Byon Seok Hwa di di Tainan City, Taipei.

Pekan terima Anugerah Suruhanjaya Eksekutif AUFF

TAIPEI: Persekutuan Bolasepak Universiti Asia (AUFF) memilih Pekan Ramli dari Malaysia sebagai penerima tunggal Anugerah Suruhanjaya Eksekutif AUFF pada mesyuarat persidangan eksekutif di Tainan City, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif AUFF sejak 2018 diberikan anugerah itu atas komitmen dan kesungguhannya dalam memberikan sokongan bagi pembangunan bolasepak di peringkat universiti khususnya membabitkan pasukan bolasepak universiti Malaysia pada kejohanan anjuran AUFF sejak 2016.

Anugerah itu turut membolehkan Pekan yang juga Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dilantik sebagai Suruhanjaya Eksekutif AUFF bagi tempoh 2019-2023.

Persidangan eksekutif AUFF di adakan sempena Kejohanan Bolasepak Universiti Asia 2019 yang bermula esok.

PEKAN (enam dari kiri) bersama Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Bolasepak Universiti Asia (AUFF) bagi penggal 2019-2023 selepas Persidangan Eksekutif AUFF 2019 di Tainan City, Taipei.
PEKAN (enam dari kiri) bersama Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Bolasepak Universiti Asia (AUFF) bagi penggal 2019-2023 selepas Persidangan Eksekutif AUFF 2019 di Tainan City, Taipei.

Skuad bolasepak universiti Malaysia akan memulakan saingan menentang Oman esok. Turut berada dalam kumpulan ini adalah Indonesia.

Berita Harian X