Selasa, 8 Oktober 2019 | 7:57pm
Presiden Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers, Khushairi Aizad Jamalludin.

Pelbagai acara menarik di Karnival Sukan Setiawangsa

KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers bakal menganjurkan Karnival Sukan Setiawangsa bersempena Bulan Sukan Negara pada 26 Oktober ini di Kompleks Sukan Setiawangsa.

Presidennya, Khushairi Aizad Jamalludin berkata, karnival sukan diadakan bagi Parlimen Setiawangsa itu bakal menyaksikan pelbagai acara dianjurkan termasuklah Fun Run 5 kilometer, karnival bola sepak 7 sebelah bawah 12 tahun, pertandingan basikal tolak dan pertandingan bola keranjang 3 sebelah.

"Sebelum ini kami pernah menganjurkan pertandingan bola sepak namun ini adalah kali pertama bagi kita menganjurkan pelbagai aktiviti dalam satu hari.

"Biarpun tarikh tutup Fun Run sudah berakhir, orang ramai yang berminat hanya perlu hadir awal untuk sertai larian yang akan bermula pada 7.15 pagi pada 26 Oktober nanti dalam kategori terbuka," katanya.

Khushairi berkata, setakat ini beliau sudah menerima 500 penyertaan larian dan mensasarkan keseluruhan 1,000 peserta akan turut serta dalam larian akan dilepaskan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Selain pertandingan sukan, pelbagai acara sampingan dirancang termasuklah pameran daripada agensi kerajaan, jualan foodtruck dan juga cabutan bertuah kepada peserta.

Berita Harian X