Isnin, 28 Oktober 2019 | 9:39pm
Jeneral tengah hoki negara, Fitri Saari memberi perkhabaran gembira menjelang pertembungan kelayakan akhir Sukan Olimpik 2020 menentang Great Britain, Sabtu dan Ahad ini. - NSTP/Rosela Ismail

Cuaca sejuk bukan lagi 'musuh' Malaysian Tigers

KUALA LUMPUR: Jeneral tengah hoki negara, Fitri Saari memberi perkhabaran gembira menjelang pertembungan kelayakan akhir Sukan Olimpik 2020 menentang Great Britain, Sabtu dan Ahad ini.

Ia susulan pengakuan pemain berusia 27 tahun itu yang memberitahu dia dan rakan sepasukannya sudah membiasakan diri dengan keadaan cuaca sejuk di Eropah.

"Semuanya berjalan lancar dengan tiada masalah yang berlaku, malah tiada pemain yang cedera. Ia satu perkembangan baik untuk pasukan.

"Hari ini kita akan bertolak ke London dan mungkin kemudiannya berehat sehari sebelum memulakan latihan bagi membiasakan diri dengan gelanggang.

"Bagi cuaca pula memang agak sejuk ketika ini tetapi kami sudah menyesuaikan diri dengannya," kata Fitri ketika dihubungi di Amsterdam, Belanda.

Skuad Malaysian Tigers baharu saja menamatkan dua aksi pemanas badan di Belanda dengan terbaru mereka tumpas 2-4 kepada peneraju liga utama Belanda, HC Bloemendaal.

Aksi menentang Great Britain itu sebagai misi hidup dan mati buat pasukan bimbingan Roelant Oltmans dengan hanya kemenangan dapat memberi tiket ke Olimpik Tokyo 2020.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X