X
Isnin, 9 Disember 2019 | 10:08am
ATLET Malaysia, Izzah Amzan ketika memperagakan aksi dalam displin ribbon acara Individu Akhir Gimrama Sukan SEA Filipina 2019 di Coliseum Memorial Rizal. NSTP/Osman Adnan
ATLET Malaysia, Izzah Amzan ketika memperagakan aksi dalam displin ribbon acara Individu Akhir Gimrama Sukan SEA Filipina 2019 di Coliseum Memorial Rizal. NSTP/Osman Adnan

Penganjur tarik balik pingat emas Izzah

 

MANILA: Kontinjen negara menerima tamparan selepas pingat emas dimenangi secara bersama oleh atlet gimrama, Izzah Amzan dalam acara riben, Sabtu lalu ditarik balik.

Sebaliknya, Izzah sekadar diberikan perak berdasarkan kedudukan pingat terbaru disiarkan di laman web rasmi Sukan SEA 2019 Filipina.

Sabtu lalu, Izzah diumum sebagai pemenang emas bersama dengan rakan senegara, Koi Sie Yan selepas kedua-dua atlet berkenaan mengumpul mata sama.

Difahamkan, ketua kontinjen negara, Datuk Megat Zulkarnain Omardin akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada penganjur berhubung keputusan itu dalam mesyuarat ketua kontinjen pagi ini.

Berita Harian X