Ahad, 2 Februari 2020 | 5:05pm
Poster Larian Amal YAKEB-KL Teh Tarik Run, 22 Mac ini di Dataran Merdeka.
Poster Larian Amal YAKEB-KL Teh Tarik Run, 22 Mac ini di Dataran Merdeka.
Pengurus Besar Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Zuhairi Abd Manaf.
Pengurus Besar Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Zuhairi Abd Manaf.

KL Teh Tarik Run tawar 3 motosikal

Kuala Lumpur: Selain hadiah wang tunai, peserta yang menyertai Larian Amal YAKEB-KL Teh Tarik Run, 22 Mac ini di Dataran Merdeka turut berpeluang memenangi tiga motosikal menerusi cabutan bertuah.

Pengurus Besar Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Zuhairi Abd Manaf berkata, orang ramai yang berminat menyertai larian amal itu masih boleh mendaftar secara dalam talian sehingga 5 Mac ini.

“Mereka boleh mendaftar menerusi laman web www.checkpointspot.asia/yakeb4tabungx atau di www.jomrun.com/event/YAKEB-RUN-2020

“Setakat ini, sambutan menggalakkan dan kita harap dapat menarik 4,000 hingga 5,000 penyertaan bagi dua kategori larian utama iaitu 10 kilometer (km) dan 5km itu,” katanya.

Zuhairi berkata, larian amal itu adalah antara usaha yayasan itu mengumpul dana untuk ‘Tabung YAKEB for X-Athlete' bagi membeli peralatan sokongan kepada bekas atlet yang memerlukan.

“Kita harap orang ramai menyertainya kerana selain turut menderma untuk tabung ini, ia juga sebagai simbolik pengiktirafan dan penghargaan mereka ke atas jasa bekas atlet yang mengharumkan nama negara,” katanya.

Poster Larian Amal YAKEB-KL Teh Tarik Run, 22 Mac ini di Dataran Merdeka.
Poster Larian Amal YAKEB-KL Teh Tarik Run, 22 Mac ini di Dataran Merdeka.

Berita Harian X