Selasa, 18 Februari 2020 | 11:36pm

Ronaldo beri elaun RM432,732 sebulan kepada Rodriguez

LONDON: Cristiano Ronaldo memberikan elaun £80,000 (RM432,732) sebulan kepada tunangnya, Georgina Rodriguez bagi menyara keperluan hidup yang tinggi, menurut laporan.

Bintang Portugal itu dan Rodriguez menjalani gaya hidup mewah di Turin dengan gaji £28 juta (kira-kira RM151 juta) setahun bersama Juventus.

Syarikat penerbitan Itali, Corriere dello Sport mendakwa Ronaldo gembira memberikan Rodriguez yang berusia 26 tahun dengan elaun besar setiap bulan.

Dengan pendapatan berjuta-juta setiap bulan, tidak hairanlah keluarga mereka terus menjalani kehidupan yang menjadi impian semua orang.

Ia termasuk bercuti di atas kapal mewah yang dianggap perkara biasa dilakukan terutama ketika majlis sambutan hari lahir selain disertakan dengan hadiah yang mahal.

Ketika ulang tahun kelahiran ke-35 Ronaldo, Rodriguez dilaporkan menghadiahkannya kereta mewah Mercedes G-Wagon dengan harga bermula dari £93,000 (RM503,160). - Agensi

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X