Rabu, 25 March 2020 | 10:20pm
Lakaran Khabib dan Ferguson ketika tua yang dibuat Presiden UFC, Dana White. - Foto ihsan Instagram
Lakaran Khabib dan Ferguson ketika tua yang dibuat Presiden UFC, Dana White. - Foto ihsan Instagram

Khabib, Ferguson 'tua sebelum bertarung'

LONDON: Presiden UFC, Dana White mengesahkan beliau sudah menemui lokasi untuk pertarungan gelaran antara Khabib Nurmagomedov dan Tony Ferguson di tengah penularan COVID-19.

Acara sukan utama di seluruh dunia sudah dibatalkan atau ditangguh kerana wabak berkenaan.

Namun, White menolak untuk menghentikan UFC 249 - yang ditetapkan pada 18 April di New York - yang bakal menemukan juara Khabib dan Ferguson.

Menurut White, beliau sudah menemui venue untuk pertarungan itu berlangsung secara tertutup, dan membuat jenaka apabila menyifatkan kedua-dua jaguh itu akan dimamah usia sebelum boleh bertarung di dalam octagon.

Menerusi kenyataan di Instagram, beliau berkata: "Saya (tahu di mana venue berada), tetapi saya belum bersedia untuk memberitahu anda lagi.

"Saya tahu banyak perkara. Tidak akan ada peminat di sana, ia akan menjadi acara tertutup." - Agensi

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X