Isnin, 30 March 2020 | 9:38pm
Presiden IOC, Thomas Bach tetapkan tarikh baharu dengan Presiden Tokyo 2020, Mori Yoshiro.
Presiden IOC, Thomas Bach tetapkan tarikh baharu dengan Presiden Tokyo 2020, Mori Yoshiro.

23 Julai 2021 tarikh baharu Sukan Olimpik

TOKYO: Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang ditangguhkan minggu lalu susulan penularan COVID-19 akan dilangsungkan pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.

Perkembangan itu menyaksikan Sukan Paralimpik pula berlangsung pada 24 Ogos sehingga 5 September 2021.

Tarikh baharu itu dipersetujui selepas sidang video antara Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach dengan Presiden Tokyo 2020, Mori Yoshiro, hari ini.

Tarikh baharu itu akan memberi masa yang maksimum kepada semua pihak yang terbabit untuk berdepan landskap yang sentiasa berubah selain menyelesaikan masalah yang timbul susulan pandemik itu.

“Tarikh baharu itu tepat setahun daripada tarikh asal 2020 akan memberi faedah di mana apa sahaja yang terkesan akibat penangguhan Sukan Olimpik 2020 dapat diminimumkan.

“Ia juga akan memberikan tempoh yang mencukupi untuk menamatkan pusingan kelayakan. Kita akan meneruskan apa yang sudah diatur untuk Sukan Olimpik 2020,” kata IOC menerusi satu kenyataan. - Agensi

Berita Harian X