Ahad, 22 Oktober 2017 | 12:02pm
DUA pelumba SIC Racing Team, Adam Norrodin dan Ayumu Sasaki saling berpelukan selepas menamatkan perlumbaan GP Australia masing-masing di tangga ketujuh dan kelapan, sebentar tadi. - Foto SIC Racing Team

Adam kelapan saingan Moto3 GP Australia

KUALA LUMPUR: Pasukan SIC Racing Team meraih pencapaian terbaik mereka dalam kempen Moto3 2017 apabila kedua-dua pelumba mereka, Ayumu Sasaki dan Adam Norrodin menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Australia masing-masing di tangga ketujuh dan kelapan, sebentar tadi.

Pelumba Jepun, Sasaki menamatkan perlumbaan dimenangi Joan Mir itu dengan catatan 24 minit 52.324 saat manakala Adam mengekori rapat di belakang rakan sepasukannya.

Sasaki kini mengumpul 25 mata untuk berada di tangga ke-22 keseluruhan, kurang satu mata di belakang bekas pelumba SIC Racing Team, Jakub Kornfeil yang menamatkan saingan di tangga ke-12.

Adam pula menambah kutipan matanya musim ini kepada 37 mata untuk berada di tangga ke-17 tatkala saingan musim 2017 hanya berbaki dua pusingan dan bakal menjengah Litar Antarabangsa Sepang (SIC), minggu depan.

PELUMBA negara, Adam Norrodin dari Racing Team menamatkan perlumbaan GP Australia di tangga kelapan, sebentar tadi. - Foto SIC Racing Team

KEPUTUSAN

1. Joan Mir (Sepanyol) Honda 24:51.490s

2. Livio Loi (Belgium) Honda 24:51.841s

3. Jorge Martin (Sepanyol) Honda 24:51.849s

4. Gabriel Rodrigo (Argentina) KTM 24:51.878s

5. Enea Bastianini (Itali) Honda 24:51.898s

6. Romano Fenati (Itali) Honda 24:52.298s

7. Ayumu Sasaki (Jepun) Honda 24:52.324s

8. Adam Norrodin (Malaysia) Honda 24:52.781s

9. Tatsuki Suzuki (Jepun) Honda 24:55.138s

10. Lorenzo Dalla Porta (Itali) Mahindra 24:55.495s

11. Nicolo Bulega (Itali) KTM 24:55.526s

12. Jakub Kornfeil (Republik Czech) Peugeot 24:55.575s

13. Philipp OEttl (Jerman) KTM 24:55.741s

14. Andrea Migno (Itali) KTM 24:57.494s

15. Manuel Pagliani (Itali) Mahindra 24:58.030s

Berita Harian X