Ahad, 29 Oktober 2017 | 2:16pm
AKSI pelumba Moto3 SIC racing team, Adam Norrodin pada perlumbaan MotoGP 2017 di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini. - Foto Osman Adnan
AKSI pelumba Moto3 SIC racing team, Adam Norrodin pada perlumbaan MotoGP 2017 di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini. - Foto Osman Adnan

Adam kempunan podium

SEPANG: Pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin menamatkan saingan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia di tempat ke-11 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.

Pelumba SIC Racing Team itu pada mulanya dilihat berpotensi untuk merebut kedudukan podium apabila menduduki tempat keempat namun dia terjatuh di selekoh pertama pada pusingan ke-10.

Adam bagaimanapun dapat meneruskan perlumbaan dan menamatkan saingan di kedudukan ke-11.

PELUMBA Moto3 SIC racing team, Adam Norrodin dirai petugas litar selepas menamatkan saingan Moto3 di Litar Antarabangsa Sepang. - Foto Osman Adnan
PELUMBA Moto3 SIC racing team, Adam Norrodin dirai petugas litar selepas menamatkan saingan Moto3 di Litar Antarabangsa Sepang. - Foto Osman Adnan

Saingan Moto3 dimenangi pelumba Leopard Racing, Joan Mir yang baru saja dinobatkan selaku juara dunia.

Tempat kedua menjadi milik pelumba Del Conca Gresini Moto3, Jorge Martin sementara Enea Bastianini (Estrella Galicia), ketiga.

Seorang lagi pelumba negara yang beraksi menerusi tiket 'wild card' Kasma Daniel Kasmayudin dari PETRONAS Sprinta Racing gagal menamatkan perlumbaan kerana terjatuh.

Berita Harian X