Ahad, 26 November 2017 | 11:34pm
PEMANDU Mercedes, Valtteri Bottas menjuarai GP Abu Dhabi di Litar Yas Marina, sebentar tadi. - Foto AFP

Bottas juara GP Abu Dhabi

ABU DHABI: Valtteri Bottas menjuarai pusingan terakhir Formula Satu musim ini apabila menungguli Grand Prix Abu Dhabi, sebentar tadi.

Bottas menamatkan perlumbaan dalam masa 1 jam 34:14.063 saat manakala juara Dunia empat kali, Lewis Hamilton melengkapkan hari gemilang buat Mercedes apabila memastikan penamat podium satu dua buat pasukan itu.

Mercedes turut mengesahkan kejuaraan dalam kategori pengeluar dan kejayaan satu dua di Litar Yas Marina itu adalah kali keempat sepanjang musim ini.

Kemenangan kali ketiga pelumba Finland itu turut menafikan hasrat Hamilton meraih kejayaan buat kali ke 10 pada kempen kali ini.

Pelumba Ferrari, Sebastian Vettel menduduki tempat ketiga sekali gus menamatkan kempen kejuaraan musim ini di kedudukan kedua kategori pelumba. -Reuters

__________________________________________________________

KEPUTUSAN

1. Valtteri Bottas (Finland) Mercedes 1:34:14.063s

2. Lewis Hamilton (Britain) Mercedes +03.899s

3. Sebastian Vettel (Jerman) Ferrari 19.330s

4. Kimi Raikkonen (Finland) Ferrari 45.386s

5. Max Verstappen (Belanda) Red Bull - TAG Heuer 46.269s

6. Nico Hulkenberg (Jerman) Renault 1:25.713s

7. Sergio Perez (Mexico) Force India - Mercedes 1:32.062s

8. Esteban Ocon (Perancis) Force India - Mercedes 1:38.911s

9. Fernando Alonso (Sepanyol) McLaren 1 pusingan

10. Felipe Massa (Brazil) Williams-Mercedes 1 pusingan

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X