Selasa, 12 Februari 2019 | 9:46pm
Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah. - Foto Zunnur Al Shafiq
Wartawan Berita Harian, Sukhairi Thani (kiri) yang menerima Anugerah Wartawan Terbaik (SIC-MAM-SAM) bersama wartawan TV3, Hasnida Hanim dan Aji Saregar yang juga Anugerah Media Elektronik Terbaik pada Majlis Anugerah PETRONAS SIC Persatuan Permotoran Malaysia (MOM) di Hotel W, Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad
Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), Jasni Shafie menyampaikan Anugerah Wartawan Terbaik (SIC-MAM-SAM) kepada wartawan Berita Harian, Sukhairi Thani pada Majlis Anugerah PETRONAS SIC Persatuan Permotoran Malaysia (MOM) di Hotel W, Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad

Hafizh rangkul dua anugerah

 

KUALA LUMPUR: El-Pescao atau Hafizh Syahrin Abdullah sekali lagi menerima penghargaan dalam majlis Anugerah PETRONAS SIC Motorsports Association of Malaysia (MAM) malam tadi apabila dinobatkan selaku Pelumba Antarabangsa Terbaik, sebentar tadi . 

Pelumba MotoGP berkenaan turut menerima Anugerah Pilihan Ramai - satu anugerah yang berdasarkan undian atas talian oleh peminat. 

Pemandu negara, Jazeman Jaafar pula dinobatkan selaku pemenang Anugerah Pemandu Antarabangsa Terbaik PETRONAS selepas melakar kejayaan di Kejuaraan Endurance Dunia (WEC) bersama rakan sepasukan, Nabil Jeffri dan Weiron Tan. 

Jazeman yang bersama pasukan Jackie Chan DC X Jota Racing bersama Nabil dan Weiron mencipta sejarah apabila muncul selaku trio 100 peratus negara yang mengambil bahagian dalam perlumbaan berprestij, 24 Jam Le Mans di Perancis. Mereka menamatkan saingan di tempat keempat dalam kelas LMP2. 

Gandingan ketiga-tiga pemandu ini juga muncul sebagai trio pertama dari Asia yang memenangi pusingan keempat WEC di perlumbaan 6 Jam Fuji dan kejayaan itu akan disemadikan dalam Dewan Kemasyuran Permotoran Malaysia 2018. 

Jazeman dan Hafizh sebelum ini pernah berada dalam program pembangunan bakat di bawah PETRONAS. 

Sementara itu dalam kategori anugerah media, wartawan sukan BH, Sukhairi Thani memenangi Anugerah Media (cetak) Terbaik manakala Anugerah Media (elektronik) Terbaik dimenangi wartawan sukan TV3. Hasnida Hanim Ahmad Kamil bersama jurukamera, Aji Seregar.

Jurugambar Utusan Malaysia, Riduan Rizal Ahmad memenangi Anugerah Media (jurugambar) Terbaik.

Majlis edisi ketiga ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Mohamaddin Ketapi.

 


Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), Jasni Shafie menyampaikan Anugerah Wartawan Terbaik (SIC-MAM-SAM) kepada wartawan Berita Harian, Sukhairi Thani pada Majlis Anugerah PETRONAS SIC Persatuan Permotoran Malaysia (MOM) di Hotel W, Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad

Info: Senarai pemenang anugerah

Anugerah Pencapaian Seumur Hidup: Tun Dr Mahathir Mohamad

Dewan Kemashyuran: Allen Oh, Ng Wai Leong, Jazeman Jaafar, Nabil Jeffri, Weiron Tan, Kuan Huah Chin 

Anugerah Pemandu Antarabangsa Terbaik PETRONAS: Jazeman Jaafar

Anugerah Pelumba Antarabangsa Terbaik PETRONAS: Hafizh Syahrin Abdullah (MotoGP)

Anugerah Pemandu Tempatan Terbaik SIC: Mark Darwin

Anugerah Pelumba Tempatan Terbaik SIC: Muhammad Helmi Azman

Anugerah Pasukan Tempatan Terbaik (dua roda): SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing

Anugerah Pasukan Tempatan Terbaik SIC (empat roda): Fream Chaser

Anugerah Atlet Harapan Wanita Permotoran: Leona Chin

Anugerah Atlet E-permotoran Terbaik SIC: Ady Rahimy, Angeline Lee

Anugerah Pemandu Paling Menyerlah: Brendan Paul Anthony

Anugerah Pelumba Paling Menyerlah: Danial Syahmi Shahril

Anugerah Pembangunan Permotoran KBS: Danial Syahmi Shahril

Anugerah Pilihan Ramai: Hafizh Syahrin Abdullah

Anugerah Media (cetak) SIC-MAM-SAM Terbaik: Sukhairi Thani -BH

Anugerah Media (jurugambar) SIC-MAM-SAM Terbaik: Riduan Rizal Ahmad-Utusan

Anugerah Media (elektronik) SIC-MAM-SAM Terbaik: Hasnida Hanim Ahmad Kamil, Aji Seregar - TV3


Wartawan Berita Harian, Sukhairi Thani (kiri) yang menerima Anugerah Wartawan Terbaik (SIC-MAM-SAM) bersama wartawan TV3, Hasnida Hanim dan Aji Saregar yang juga Anugerah Media Elektronik Terbaik pada Majlis Anugerah PETRONAS SIC Persatuan Permotoran Malaysia (MOM) di Hotel W, Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad

919 dibaca
Berita Harian X