Jumaat, 12 April 2019 | 12:40pm
Jentera Ferrari yang dipandu pemandu dari Jerman, Sebastian Vettel pada sesi latihan menjelang perlumbaan F1 di Grand Prix China

Vettel laung amaran awal di Shanghai

SHANGHAI: Sebastian Vettel mempamerkan kepantasan pada sesi latihan bebas pertama sebentar tadi sebagai amaran menjelang perlumbaan Formula Satu (F1) di Grand Prix China di sini, hujung minggu ini.

Menjelang perlumbaan ke-1,000 F1 itu, Vettel selaku juara dunia empat kali, merakam kepantasan 33.911 saat dengan Lewis Hamilton ketinggalan 0.207 saat di belakang.

Rakan sepasukanya, Charles Leclerc, pula ketiga terpantas dengan catatan 0.256 saat, diikuti pemandu Red Bull, Max Verstappen dan Valtteri Bottas.

Pelumba Jerman berusia 31 tahun itu berdepan tekanan selepas beberapa kesilapan dilakukan sejak musim lalu.

Semalam, dia masih mengadi bergelut dengan jentera Ferrari.

Pada perlumbaan pertama di Melbourne, Vettel sekadar di tangga keempat dan di GP Bahrain menamatkan cabaran di tanggga kelima sekali gus dibayangi pemandu muda, Leclerc.

Leclerc, 21, mempamer kejutan apabila menamatkan perlumbaan di tangga ketiga di Bahrain meskipun keretanya hilang kuasa di penghujung perlumbaan.

Selepas dua perlumbaan, Bottas masih mengetuai senarai pungutan mata dengan mengumpul 44 mata diikuti Hamilton di tangga kedua dengan 43 mata manakala Verstappen (27), Leclerc (26) dan Vettel di tangga kelima dengan 22 mata. – AFP

425 dibaca
Berita Harian X