Sabtu, 13 April 2019 | 4:38pm
PEMANDU Finland, Valtteri Bottas menyambar petak hadapan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) China, sebentar tadi. - Foto AFP

Bottas sambar petak pertama F1 GP China

SHANGHAI: Pemandu Finland, Valtteri Bottas menyambar petak hadapan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) China di sini, sebentar tadi selepas mencatatkan masa terpantas dalam sesi ujian kelayakan.

Kejayaan Vottas itu menyaksikan dominasi pasukan Mercedes apabila rakan sepasukannya, Lewis Hamilton akan bermula di petak kedua.

Pemandu Ferrari, Sebtiasn Vettel terpaksa akur apabila akan bermula di petak ketiga dalam perlumbaan kejuaraan dunia F1 ke-1,000.

Rakan sepasukan Vettel, Charles Leclers akan memulakan perlumbaan di petak keempat.

Bottas yang kali terakhir berjaya memulakan perlumbaan di petak pertama di Russia, tahun lalu adalah pemandu ketiga yang berlainan berjaya menyambar petak hadapan dalam tiga perlumbaan musim ini. - Reuters

402 dibaca
Berita Harian X