Ahad, 14 April 2019 | 4:54pm
REAKSI Lewis Hamilton selepas memenangi perlumbaan Grand Prix (GP) China, di sini, sebentar tadi. - Foto EPA

Hamilton tawan GP China, perlumbaan F1 ke-1,000

SHANGHAI: Lewis Hamilton memenangi perlumbaan ke-1,000 Formula Satu (F1) selepas mendominasi saingan Grand Prix (GP) China, di sini, sebentar tadi.

Pemandu Mercedes itu mempamerkan prestasi cemerlang apabila berjaya memintas rakan sepasukan, Valtteri Bottas di selekoh pertama dan terus mendominasi sehingga perlumbaan tamat.

Hamilton yang bermula di petak kedua dilihat tidak berdepan masalah untuk mengatasi Bottas dengan kelebihan 6.5 saat manakala pemandu Ferrari, Sebastian Vettel menamatkan saingan di tempat ketiga.

KEPUTUSAN:

1. Lewis Hamilton (GBR/Mercedes-AMG) 1 jam 32min 08.734 saat

2. Valtteri Bottas (FIN/Mercedes-AMG) + 6.552s

3. Sebastian Vettel (GER/Ferrari) + 13.744sec

4. Max Verstappen (NED/Red Bull-Honda) + 27.627s

5. Charles Leclerc (MON/Ferrari) + 31.276sec

6. Pierre Gasly (FRA/Red Bull-Honda) + 1min 29.307s

7. Daniel Ricciardo (AUS/Renault) + 1 pusingan

8. Sergio Perez (MEX/Racing Point-Mercedes) + 1 pusingan

9. Kimi Raikkonen (FIN/Alfa Romeo Racing-Ferrari) + 1 pusingan

10. Alexander Albon (THA/Toro Rosso-Honda) +1 pusingan

11. Romain Grosjean (FRA/Haas) + 1 lap

12. Lance Stroll (CAN/Racing Point-Mercedes) + 1 pusingan

13. Kevin Magnussen (DEN/Haas) + 1 lap

14. Carlos Sainz Jr (ESP/McLaren-Renault) + 1 pusingan

15. Antonio Giovinazzi (ITA/Alfa Romeo Racing-Ferrari) + 1 pusingan

16. George Russell (GBR/Williams) + 2 pusingan

17. Robert Kubica (POL/Williams) + 2 pusingan

18. Lando Norris (GBR/McLaren-Renault) + 6 pusingan

- AFP

992 dibaca
Berita Harian X