Ahad, 2 Jun 2019 | 8:29pm
JOHN McPhee
JOHN McPhee

Keenam buat McPhee di Mugello

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 PETRONAS Sprinta Racing, John McPhee menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Itali di Sirkit Mugello dengan penuh gaya apabila berkedudukan keenam selepas bermula dari petak ke-18, hari ini. 

McPhee berjaya berada dalam kelompok pendahulu dari awal pusingan pertama perlumbaan dan pernah bersaing dalam kelompok tiga terbaik pada pertengahan saingan. 

Perlumbaan dimenangi Tony Arbolino dari pasukan VNE Snipers dengan catatan keseluruhan 39 minit 29.874 saat, 0.403s lebih pantas daripada McPhee. 

Tempat kedua dimenangi Lorenzo Dalla Porta (Leopard Racing) manakala Jaume Masia (Bester Capital Dubai) melengkapkan pentas podium di Mugello kali ini. 

Dengan penamat keenam itu, McPhee, 24, menambah kutipan mata keseluruhannya kepada 44 untuk berada di tangga kelapan dalam carta Moto3. 

Sementara itu rakan sepasukannya, Ayumu Sasaki yang bermula dari petak ke-19 tidak menamatkan perlumbaan. 

Dalam saingan Moto2, wakil pasukan yang menjadi pengganti sementara Khairul Idham Pawi, Mattia Pasini menamatkan perlumbaan di tempat ke-11 sekali gus membawa pulang lima mata. 

Penamat diraihnya itu meletakkan dirinya kini berada ke tangga ke-16 dengan 18 mata manakala Lorenzo Baldassarri dari FLEXBOX HP 40 mendahului carta kelas pertengahan itu dengan 88 mata.

 

Kedudukan carta Moto3

1. Lorenzo Baldassarri (ITA) 88 mata

2. Alex Marquez (SPA) 86 mata

3. Thomas Luthi (SWI) 84 mata

4. Jorge Navarro (SPA) 73 mata

5. Marcel Schrotter (GER) 64 mata...

16. Mattia Pasini (ITA) 18 mata   

23. Khairul Idham Pawi (MAL) 3 mata

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X