Sabtu, 10 Ogos 2019 | 9:55am
Pemandu ESP/Honda, Aalex Marquez memandu pada sesi latihan bebas menjelang MotoGP Austria, esok. - Foto AFP

Marquez,Dovizioso bersaing rapat sesi ujian

SPIELBERG, Austria: Pendahulu perlumbaan, Marc Marquez merakam masa terpantas dalam dua sesi latihan bebas menjelang MotoGP Austria, esok.

Juara dunia lima kali itu 0.066 saat lebih pantas berbanding pelumba pasukan Ducati, Andrea Dovizioso, selepas tamat sesi pagi tadi.

Marquez menggunakan tayar lembut di belakang bagi mendapatkan catatan berkenaan.

Dovizioso turut mencatat masa terpantas pada awal ujian sebelum berdepan masalah di selekoh ketiga.

Pelumba Itali berusia 33 tahun yang memburu kejuaraan pertamanya itu, ketinggalan 63 mata di belakang Marquez.

Marquez setakat ini sudah memenangi enam daripada 10 perlumbaan musim ini termasuk kejayaan terbaru di GP Jerman dan Republik Czech minggu lepas.

"Catatan bagus, saya begitu hampir dengan Marc jadi kami sudah berjaya dengan usaha kita,” kata Dovizioso.

Seorang lagi pelumba Honda, Takaaki Nagakami merakam masa keempat terpantas manakala muka baru dari Perancis, Fabio Quartararo kelima terpantas.

Bagaimanapun, pelumba veteran, Valentino Rossi kurang menyerlah dan merakam masa ke-11 terpantas.

"Saya tersekat dalam kesibukan trafik dan gagal meningkatkan kelajuan,’ kata Juara Dunia tujuh kali itu.

"Seperti biasa, banyak pelumba lebih pantas, nampaknya kita berdepan musim lebih kompetitif berbanding tahun lalu, kerana catatan masa makin laju. Saya masih dalam kelompok 10 teratas dengan margin yang kecil.”

Sesi kelayakan akan bermula lewat petang ini.. – AFP

KEPUTUSAN LATIHAN BEBAS:

1. Marc Marquez (ESP/Honda): 1:23.916s, 2. Maverick Vinales (ESP/Yamaha) at 0.066s, 3. Andrea Dovizioso (ITA/Ducati) 0.117s, 4. Takaaki Nakagami (JPN/Honda) 0.155s, 5. Fabio Quartararo (FRA/Yamaha) 0.237s, 6. Jack Miller (AUS/Ducati) 0.392s, 7. Miguel Oliveira (POR/KTM) 0.410s, 8. Danilo Petrucci (ITA/Ducati) 0.414s, 9. Cal Crutchlow (GBR/Honda) 0.420s, 10. Pol Espargaro (ESP/KTM) 0.502s.

Berita Harian X