Ahad, 11 Ogos 2019 | 1:27pm
PELUMBA VNE Snipers, Romano Fenati . - Foto AFP

McPhee, Fenati mula dari petak utama selepas penalti

KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun, pelumba VNE Snipers, Romano Fenati menyambar petak utama untuk perlumbaan Moto3 Grand Prix (GP) Austria, semalam. 

Begitupun, catatan terpantas dilakukannya dalam sesi kelayakan kedua itu terbatal apabila 16 pelumba dikenakan denda sekali gus menyaksikan grid untuk saingan hari ini berubah sama sekali. 

Pelumba PETRONAS Sprinta Racing, John McPhee yang pada asalnya bermula daripada petak ketiga, bakal memulakan perlumbaan di Litar Red Bull Ring-Spielberg dari petak utama manakala Fenati, kedua. 

Niccolo Antonelli (SIC58 Squadra Corse), Tony Arbolino (VNE Snipers), Aron Canet (Sterilgarda Max Racing Team), Lorenzo Dalla Porta (Leopard Racing), Fenati, Raul Fernandez (Sama Qatar Angel Nieto Team), Jakub Kornfeil (Redox PruestelGP), Jaume Masia (Bester Capital Dubai), Ai Ogura (Honda Team Asia), Marcos Ramirez (Leopard Racing), Ayumu Sasaki (PETRONAS Sprinta Racing), Kaito Toba (Honda Team Asia) dan Makar Yurchenko (BOE Skull Rider Mugen Race) yang mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan kedua juga dibatalkan. 

Riccardo Rossi (Kommerling Gresini Moto3) dan Tatsuki Suzuki (SIC58 Squadra Corse) dikenakan penalti 12 grid - menyertai senarai pelumba yang dikenakan penalti sama sebelum itu iaitu Sasaki dan Ogura. 

Darryn Binder (CIP - Green Power) juga menerima penalti sama sekali gus bakal memulakan perlumbaan dari petak belakang. 

Andrea Migno (Bester Capital Dubai) dikenakan dua penalti grid selepas catatan sepusingan terpantasnya pada sesi kelayakan kedua dibatalkan dan dijadual bermula dari barisan belakang.

Kedudukan grid perlumbaan (selepas penalti)

Moto3 GP Austria

1. John McPhee (GBR/PETRONAS Sprinta Racing) 1'36.690s

2. Romano Fenati (ITA/VNE Snipers) 1'36.814s

3. Kaito Toba (JPN/Honda Team Asia) 1'36.847s

4. Tony Arbolino (ITA/VNE Snipers) 1'36.850s

5. Celestino Vietti (ITA/SKY Racing Team VR46) 1'37.021s

6. Jaume Masia (SPA/Bester Capital Dubai) 1'37.055s

7. Marcos Ramirez (SPA/Leopard Racing) 1'37.301s

8. Lorenzo Dalla Porta (ITA/Leopard Racing) 1'37.330s

9. Raul Fernandez (SPA/Sama Qatar Angel Nieto Team) 1'37.598s

10. Jakub Kornfeil (CZE/Redox PruestelGP) 1'37.690s

11. Makar Yurchenko (KAZ/BOE Skull Rider Mugen Race) 1'37.787s

12. Nicollo Antonelli (ITA/SIC58 Squadra Corse) 1'36.414s

13. Aron Canet (SPA/Sterilgarda Max Racing Team) 1'36.655s

14. Tatsuki Suzuki (JPN/SIC58 Squadra Corse) 1'36.788s

15. Stefano Nepa (ITA/Reale Avintia Arizona 77) 1'37.337s

16. Dennis Foggia (ITA/SKY Racing Team VR46) 1'37.409s

17. Filip Salac (CZE/Redox PruestelGP) 1'37.421s

18. Albert Arenas (SPA/Sama Qatar Angel Nieto Team) 1'37.695s

19. Kazuki Masaki (JPN/BOE Skull Rider Mugen Race) 1'37.711s

20. Ayumu Sasaki (JPN/Petronas Sprinta Racing) 1'37.272s

21. Jeremy Alcoba (SPA/Kommerling Gresini Moto3) 1'37.714s

22. Sergio Garcia (SPA/Estrella Galicia 0,0) 1'37.804s

23. Ai Ogura (JPN/Honda Team Asia) 1'37.589s

24. Maximilian Kofler (AUT/Sama Qatar Angel Nieto Team) 1'37.824s

25. Can Oncu (TUR/Red Bull KTM Ajo) 1'37.876s

26. Deniz Oncu (TUR/Red Bull KTM Ajo) 1'38.022s

27. Tom Booth-Amos (GBR/CIP Green Power) 1'39.945s

28. Riccardo Rossi (ITA/Kommerling Gresini Moto3) 1'37.787s

29. Andrea Migno (ITA/Bester Capital Dubai) 1'37.595s

30. Darryn Binder (RSA/CIP Green Power) 1'38.083s

31. Alonso Lopez (SPA/Estrella Galicia 0,0) 1'37.721s

Berita Harian X