Selasa, 17 Disember 2019 | 8:29pm
PENUNGGANG MotoGP Itali, Andrea Iannone. - Foto REUTERS

Iannone positif bahan terlarang

PARIS: Penunggang MotoGP Itali, Andrea Iannone digantung sementara selepas didapati positif bahan terlarang, umum badan induk sukan permotoran FIM, hari ini.

Dikatakan sampel air kencing penunggang Aprilia itu ketika Grand Prix Malaysia pada 3 November lalu menunjukkan “penemuan bahan tidak jelas di bawah Section 1.1.a) Exogenous Anabolic Androgenic Steroids.”

Iannone, juara Grand Prix Austria 2016 boleh memohon untuk analisis sampel B dan ia boleh diberikan ketika siasatan.

Penggantungn itu meletakkan masa depan Iannone dalam MotoGP tidak menentu dengan kontraknya bersama Aprilia akan tamat pada musim 2020.

Iannone yang menyertai pasukan berkenaan musim lalu, bergelut untuk menyamai catatan rakan sepasukan, Aleix Espargaro padea sebahagian besar musim 2019. - Reuters

Berita Harian X