Selasa, 24 Disember 2019 | 8:43am
Pelumba Ferrari, Charles Leclerc.

Ferrari lanjut kontrak Leclerc hingga 2024

ROME: Ferrari melanjutan kontrak pelumba mudanya, Charles Leclerc selama lima tahun lagi sehingga 2024, umum pasukan itu pagi tadi.

Leclerc, 22, kelahiran Monaco itu menang dua perlumbaan musim ini dan menaiki beberapa podium berbanding pelumba lain meskipun baru setahun menyertai pasukan Scuderia Ferrari itu.

Leclerc juga menamatkan musim di tangga keempat senarai pelumba dan mengatasi rakan sepasukan Sebastian Vettel, dalam senarai kedudukan keseluruhan pelumba.

"Saya sangat gembira kekal di Scuderia Ferrari. Memandu bersama pasukan Formula Satu paling hebat ini memang menjadi impian saya selama ini,” kata Leclerc menerusi kenyataan.

"Saya tak sabar menikmati lebih banyak hubungan lebih mendalam bersama mereka selepas pengalaman dilalui pada musim perlumbaan 2019.

“Saya sedia menghadapi cabaran mendatang dan tak sabar memulakan musim depan.” – Reuters

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X