Khamis, 12 March 2020 | 12:12pm

Ancaman mula dirasai F1

MELBOURNE: Pemandu Red Bull, Max Verstappen berkata pemandu cuba “menjadikan ia terbaik” pada Grand Prix Australia ketika penularan coronavirus apabila dua lagi kakitangan Haas diasingkan hari ini dan pasukan mengurangkan kontak dengan peminat.

Perlumbaan pembukaan musim di Melbourne akan diteruskan hujung minggu ini walaupun kebimbangan semakin meningkat terhadap penyebaran virus berkenaan.

Lima kakitangan pasukan Formula Satu – empat daripada Haas dan seorang McLaren – kini diasingkan sehingga menunggu hasil ujian simpton selsema yang biasa dikaitkan dengan virus.

Prinsipal Haas, Guenther Steiner berkata mereka masih belum membincangkan apa yang akan dilakukan jika ujian berkenaan disahkan positif.

“Kami akan melakukan apa saja jika menerimanya,” katanya.

“Kami mengambil serius perkara ini, jika seseorang ada sesuatu, kami akan meminta mereka memberitahu secepat mungkin dan tidak menyembunyikannya, dan itu perkara paling teruk untuk dilakukan.”

Ketua Australian Grand Prix Corporation (AGPC), Andrew Westacott berkata dalam satu kenyataan dia sedang “memantau situasi bersama Formula 1 dan FIA (Persekutuan Permotoran Antarabangsa).” - AFP

Berita Harian X