Jumaat, 13 March 2020 | 8:00am

Grand Prix Australia batal

MELBOURNE: Perlumbaan pembukaan musim Grand Prix Australia dibatalkan hari ini kerana kebimbangan penularan coronavirus, kata penganjur selepas kakitangan pasukan McLaren diuji positif.

Australian Grand Prix Corporation berkata dalam satu kenyataan, ia dinasihatkan oleh Formula 1 yang menyatakan mereka mahu membatalkan perlumbaan itu.

“Berikutan keputusan ini... Australian Grand Prix Corporation mengesahkan Grand Prix Formula 1 Australia dibatalkan serta merta.” - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X