Khamis, 19 March 2020 | 11:51pm

F1 tangguh GP Belanda, Sepanyol, Monaco

LONDON: Formula Satu (F1) menangguhkan Grand Prix (GP) Belanda, Sepanyol dan Monaco hari ini kerana penyebaran coronavirus (COVID-19).

Menerusi satu kenyataan bersama oleh F1 dan badan induk sukan permotoran dunia, FIA, berkata mereka menjangkakan musim ini akan bermula “apabila ia selamat untuk melakukannya selepas Mei”.

Perlumbaan di Monaco yang juga antara paling popular dalam kalendar, dijadualkan pada 24 Mei.

GP Belanda, yang kembali ke F1 buat pertama kali dalam 35 tahun, dijadualkan berlangsung di Zandvoort pada 3 Mei manakala GP Sepanyol di Circuit de Catalunya dekat Barcelona pada 10 Mei. - Reuters

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X