Rabu, 13 Mei 2020 | 1:14pm
Litar Antarabangsa Sepang (SIC). - Foto AFP
Litar Antarabangsa Sepang (SIC). - Foto AFP

SIC kembali beroperasi

KUALA LUMPUR: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kembali beroperasi semalam selepas dua bulan ditutup susulan pandemik COVID-19.

Begitupun, litar itu tidak membuka operasinya secara menyeluruh dengan peringkat awal dibuka untuk sesi latihan individu serta pelanggan dengan syarat, kurang daripada 10 peserta dalam satu sesi.

"SIC mengutamakan keselamatan pekerja, pelumba, pasukan, rakan kongsi dan juga peminat," kata SIC dalam satu kenyataan.

"Bagi meneruskan keselamaan semua dan berdasarkan prosedur dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara, kami turut mengambil beberapa langkah keselamatan.

"Premis kami dibersih dan disanitasi bagi memastikan persekitaran yang selamat dan bersih buat pelanggan. Pelawat perlu mendaftar di kawasan khas sebelum memasuki premis.

"Imbasan suhu akan dilakukan di setiap pintu masuk. Penjarakkan sosial 1 meter dan perlu mengikut garisan yang sudah ditanda. Hanya kurang daripada 10 peserta dalam satu sesi dibenarkan.

"Di bulan Ramadan ini, SIC beroperasi daripada jam 9 pagi hingga 4 petang."

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X