Khamis, 21 September 2017 | 6:17pm
ATLET Malaysia, Muhammad Hafiz Abu Bakar ketika beraksi dalam acara melempar cakera kategori F36/F37 pada Sukan Para Asean KL2017 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. - Foto Osman Adnan

Para KL2017: Hafiz raih emas lempar cakera F36/37

KUALA LUMPUR: Atlet negara, Muhammad Hafiz Abu Bakar memenangi emas acara lempar cakera F36/37 sukan olahraga pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017) di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Dia mencatatkan lemparan sejauh 33.51 meter untuk mengenepikan cabaran rakan senegara, Shamli Waidi, yang terpaksa berpuas hati meraih pingat perak. Lemparan terbaiknya adalah 27.14 meter.

Pingat gangsa dimenangi atlet Indonesia, Ahmad Fauzi dengan catatan 31.84 meter.

15 dibaca
Berita Harian X