Selasa, 24 April 2018 | 8:03pm
PELARI pecut negara, Jonathan Nyepa mahu tingkatkan kepantasan larian dalam acara 100 meter (m) dan 200m, musim ini. - Foto OSMAN ADNAN

Jonathan sasar perbaiki rekod peribadi

 

KUALA LUMPUR: Tiada perkara lain bermain di fikiran pelari pecut negara, Jonathan Nyepa pada ketika ini selain meningkatkan kepantasan larian dalam acara 100 meter (m) dan 200m, musim ini.

Dia turut mensasarkan untuk menjadi pelari terbaik dalam kalangan tiga rakan sepasukan - Khairul Hafiz Jantan, Nixson Kennedy dan Badrul Hisyam Abdul Manap.

"Apa saya mahu tahun ini adalah memecahkan catatan peribadi terbaik saya dalam acara 100m dan 200m, tidak kira mana-mana kejohanan sekali pun," kata Jonathan.

"Pada masa sama saya perlu sentiasa konsisten dengan catatan masa, malah saya sentiasa cuba menjadi yang terbaik."

Jonathan membantu kuartet 4x100m lelaki negara yang turut dianggotai Khairul Hafiz, Nixson dan Badrul Hisyam mara ke aksi final di Sukan Komanwel, Gold Coast, Australia, baru-baru ini.

Catatan peribadi terbaik Jonathan dalam acara pecut 100m adalah 10.28s yang dicipta di Terbuka Korea, tahun lalu.

Sementara dalam acara 200m pula, dia mencatat kepantasan 21.18s di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2016.

11 dibaca
Berita Harian X