Sabtu, 6 Julai 2019 | 11:14am
ATLET olahraga Amerika Syarikat (AS), Noah Lyles bergambar bersama rekod masa terpantas di Kejohanan Liga Berlian. - Foto AFP

Lyles kini lelaki keempat tepantas 200 meter

LAUSANNE, Switzerland: Atlet olahraga Amerika Syarikat (AS), Noah Lyles muncul lelaki keempat terpantas dalam sejarah acara 200 meter apabila mencatat masa terpantas 19.50 saat di Kejohanan Liga Berlian, di sini, pagi tadi.

Atlet 21 tahun itu dicabar hebat pelari Kanada, Andre De Grasse, namun dia menamatkan larian di tangga ketiga dan kini Lyles dilihat pencabar utama pingat emas di Kejohanan Dunia yang bakal berlangsung di Doha, Qatar, September depan.

"Oh tuhanku, adakah saya gila jika mengakuinya benar”? kata Lyles apabila ditanya mengenai jangkaannya dapat berlari sepantas itu.

"Wahai dunia, saya sudah menanti saat ini sejak 2017, ia terlalu lama, tapi saya tidak tertekan kerana saya tidak mengambil bahagian dalam kejohanan besar.”

Setakat ini, hanya pemegang rekod dunia, Usain Bolt (19.19s), disusuli rakan senagaranya dari Jamaica, Yohan Blake (19.26s) dan juara empat kali Sukan Olimpik, Michael Johnson (19.32s) mencatat masa terpantas acara itu.

Lyles kini bersiap sedia untuk cabaran Kejohanan Trek dan Balapan AS yang bermula 25 hingga 28 Julai ini di Iowa.

"Saya sebenarnya terkejut apabila sesi kelayakan ditangguhkan hingga Julai (sepatutnya Jun). Ini menyebabkan saya terpaksa menunggu lebih lama, saya tak sabar membuktikan masa terbaik saya.”

Lyles yang berlari di lorong 7, bermula dengan baik dan gagal disaingi ketika di selekoh hingga 100 meter terakhir.

Pelari Ecuador, Alex Quinonez di lorong 8 menamatkan larian di tempat kedua dengan catatan 19.87 saat mengatasi De Grasse (19.92s). – AFP

Berita Harian X