Ahad, 3 Mei 2020 | 8:25pm
Schmidt kembali menjalani latihan selepas sebulan menjalani perintah berkurung. - Foto instagram
Schmidt kembali menjalani latihan selepas sebulan menjalani perintah berkurung. - Foto instagram

Atlet paling seksi di dunia 'terlepas kurungan'

LONDON: Bintang olahraga Jerman, Alica Schmidt yang dikatakan atlet paling seksi di dunia kembali menjalani latihan selepas sebulan menjalani perintah berkurung susulan pandemik COVID-19.

Atlet berusia 21 tahun itu yang mengintai peluang beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo beraksi dalam acara 400 meter.

Schmidt mula mencuri tumpuan di peringkat remaja apabila dia dan rakan sepasukannya memenangi pingat perak dalam acara 4x400m pada Kejohanan Olahraga Eropah bawah 20 tahun (B-20) pada 2017.

Dia kemudian melakar satu lagi kejayaan dengan meraih gangsa dalam acara sama pada Kejohanan Eropah B-23, tahun lalu.

Dengan wajah yang jelita selain tubuh badan yang mengiurkan, majalah Australia 'Busted Coverage' menyifatkan Schmidt yang mempunyai 718,000 pengikut di Instagram sebagai Atlet Paling Seksi Dunia.

Dalam pada itu, atlet yang mendapat penajaan daripada jenama sukan terkemuka, Puma itu gembira apabila dapat kembali menjalani latihan selepas kerajaan Jerman melonggarkan pelaksanaan perintah berkurung.

"Akhirnya saya dapat kembali berlatih di atas trek semula. Sepanjang sebulan lalu, saya melakukannya secara sendiri atau berdua di luar.

"Saya gembira dapat berlatih di stadium semula seperti biasa," katanya menerusi hantaran yang dibuat pada 19 April lalu. - Agensi

Berita Harian X