Ahad, 29 April 2018 | 2:44am
RAFAEL Nadal mencipta kemenangan ke-400. - Foto AFP
RAFAEL Nadal mencipta kemenangan ke-400. - Foto AFP

Kemenangan ke-400 bawa Nadal ke final

BARCELONA: Rafael Nadal mencipta kemenangan ke-400 di gelanggang tanah liat dalam kariernya sebentar tadi ketika dia mengatasi pemain Belgium, David Goffin 6-4, 6-0 untuk mara ke final di Barcelona dan hanya kurang satu perlawanan untuk gelaran ke-11 di ibu kota Sepanyol itu.

Pemain nombor satu dunia itu juga meneruskan rentetan kemenangan di gelanggang tanah liat kepada 44 set berturut-turut ketika dia membenam Goffin buat kali ketiga dalam tiga pertemuan di gelanggang didominasinya lebih daripada sedekad.

Pada saingan final esok, pemain berusia 31 tahun itu yang masih segar selepas gelaran ke-11 di Monte Carlo hujung minggu lalu, akan berdepan pemain remaja Greece, Stefanos Tsitsipas.

Kemenangan ke-400 Nadal di gelanggang tanah liat ialah catatan keempat terbaik sepanjang zaman dengan pemain Argentina, Guillermo Vilas mendahului dengan 659 manakala pemain Sepanyol, Manuel Orantes menang 502 dan pemain Austria, Thomas Muster 422.

Bagaimanapun Nadal hanya tewas 35 kali di gelanggang tanah liat sepanjang kariernya, memberikannya kemenangan peratus kemenangan 91.9.

Sejak kemenangan pertama pada tahap jelajah di gelanggang tanah liat mengatasi Karel Kucera dari Slovakia pada 2003 di Monte Carlo Masters, Nadal sudah mengumpul 54 trofi.

Sejumlah 10 daripadanya hadir di Roland Garros, sebahagian besar daripada 16 gelaran Grand Slam miliknya. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X