Khamis, 28 March 2019 | 7:57am
Aksi Roger Federer ketika menghadapi Daniil Medvedev pada Terbuka Miami, hari ini. - Foto AFP
Aksi Roger Federer ketika menghadapi Daniil Medvedev pada Terbuka Miami, hari ini. - Foto AFP

Federer mara, Halep ke separuh akhir

MIAMI: Roger Federer menghampiri gelaran Terbuka Miami keempat dirinya selepas menundukkan Daniil Medvedev dari Russia 6-4 6-2 dalam tempoh hanya 61 minit.

Dalam perlawanan yang tertunda akibat hujan lebat, juara Grand Slam 20 kali itu – yang meraikan penyertaan tahun ke-20 di Florida – mengesahkan pertemuan dengan Kevin Anderson dari Afrika Selatan di suku akhir tanpa belas terhadap lawan berusia 23 tahun itu.

Medvedev yang memenangi gelaran ATP keempatnya di Sofia bulan lalu dalam pemburuan slot suku akhir pertama dalam siri Masters 1000, namun legenda Switzerland yang memburu kejuaraan ke-101 kariernya mempamerkan aksi seperti di zaman kegemilangannya.

“Saat paling getir ialah apabila saya terikat di akhir set pertama tetapi saya di set kedua saya bermain dengan baik dan memberi tumpuan kepada pukulan saya,” kata Federer.

Daniil Medvedev dari Russia bersalaman dengan Roger Federer sejurus tamat perlawanan Terbuka Miami, awal pagi tadi. - Foto AFP
Daniil Medvedev dari Russia bersalaman dengan Roger Federer sejurus tamat perlawanan Terbuka Miami, awal pagi tadi. - Foto AFP

“Saya gembira melihat Kevin bermain semula selepas masalah kecederaannya (siku kanan). Dia antara pemain dengan servis terbaik di dunia.”

Dalam saingan WTA, Simona Halep dari Romania semakin hampir untuk merampas kembali gelaran nombor satu dunia dengan mara ke separuh akhir, menewaskan pemain China Wang Qiang 6-4, 7-5.

Halep hanya perlu mara ke final di Stadium Hard Rock Sabtu ini untuk memintas ranking teratas dunia yang dipegang Naomi Osaka walaupun bintang Jepun itu memenangi major keduanya di Terbuka Australia tahun ini. – AFP

 

Berita Harian X