Jumaat, 7 Jun 2019 | 10:45pm
AKSI Rafael Nadal ketika membala pukulan Roger Federer pada saingan separuh akhir Terbuka Perancis di Paris, sebentar tadi. - Foto AFP
AKSI Rafael Nadal ketika membala pukulan Roger Federer pada saingan separuh akhir Terbuka Perancis di Paris, sebentar tadi. - Foto AFP

Nadal terus buat Federer gigit jari

PARIS: Penyandang juara, Rafael Nadal berjaya menyingkir Roger Federer di separuh akhir Terbuka Perancis, sebentar tadi.

Dengan kemenangan itu, Nadal berpeluang melebarkan rekod gelaran ke-12 muncul juara di Roland Garros.

Pemain berusia 33 taun itu memperagakan permainan terbaiknya untuk menewaskan Federer 6-3, 6-4, 6-2 di Gelanggang Philippe Chatrier dan bakal bertemu sama ada pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic atau pilihan keempat dari Austria, Dominic Thiem esok. 

ROGER Federer (kiri) ucap tahniah kepada Nadal. - Foto AFP
ROGER Federer (kiri) ucap tahniah kepada Nadal. - Foto AFP

"Sangat menarik menentang Roger di sini," kata Nadal. 

"Syabas untuknya yang masih handal pada usia 37, ia sangat mengagumkan. Terima kasih kepada peminat di Paris juga kerana menyokong saya sekali lagi di final.

"Ia sentiasa menarik berentap dengan dia. Dia sentiasa lawan yang sukar,“ katanya.

Pilihan ketiga itu juga melebarkan rekod pertemuan 92-2 di Paris dengan kejayaan keenam menewaskan Federer di Terbuka Perancis yang kali ini terdedah dengan tiupan angin.

Dalam saingan itu, Nadal hanya melakukan 19 kesilapan dengan 33 pungutan mata berbanding 25 dilakukan Federer.

Kekalahan itu juga memaksa Federer perlu menunggu peluang lain untuk menebus kekalahan ke atas Nadal di gelanggang tanah liat sejak kejayaan 2009 di Terbuka Madrid. – AFP

Berita Harian X